Sunday 5 May 2019

sains matematik part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey disebabkan sis menerima banyak soalan daripada para viewers dan maaf sangat sebab sis tak sempat nak respon. Ada juga soalan yang sis sendiri tak dapat nak jawab. Maafkan daku.

Soalan tak dapat nak jawab: "Akak, antara matrik dan diploma mana lagi okey?"

*lap air mata*
Dik, sis minta maaf, sis tak berani nak cakap soal tu. Memang soalan yang mirip, iras, berbau sedemikian sis tak respon ye. Salah jawab nanti hg salahkan sis pula. Lagipun semua ada pendapat masing-masing tentang ni. 

Ini hanya pendapat sis ye :)
Sis tak pernah rasa life dekat matrik dik. Sis ni pun kena marah dengan kaunselor sekolah sebab pilih diploma dari matrik. Hahaha. Tapi..tapi..tapi..sis tak pernah menyesal pilih diploma. Alasan kenapa sis tolak matrik masa tu sebab yang sis tahu, dekat matrik pembelajaran dia laju dan sis pula bukan jenis cepat tangkap, jenis kena study balik pastu study pula ikut mood. #JANGANTIRU Pendek kata selepas dibedah siasat sis rasa matrik tak sesuai untuk diri sis so sis pilih diploma. 

Sis memang suka buat research pasal sesuatu tu sampai puas so demi pilihan yang terbaik untuk diri sendiri sis tanya la bekas student matrik dan diploma, camna life diorang, camna belajar apa semua la sampai sis puas hati. So memang sis tak boleh nak jawab soalan cmni sebab it's depend on diri masing-masing.

Soalan famous amor: "Kalau belajar bidang ni kerja apa ya selain lecturer?"

Soalan ni pun agak sukar untuk dijawab. Tahukah anda bahawasanya ramai di luar sana ramai yang kerja luar bidang. Huhuhu. Tapi jangan risau banyak je kerja untuk bidang math ni sayang-sayang semua. Nanti sis cuba share kat bawah ni okey.

Soalan cepu cemas: "Sekarang akak sambung apa ?"

Alhamdulillah lepas tamat diploma math dengan keputusan yang selalu students uni idamkan, sis sambung degree in statistics. Mesti tertanya kenapa bukan math kan?? Sebab utama sambung degree in statistics adalah sis jatuh cinta pandang pertama dekat subjek statistics. Jenuh dah cuba break tapi tak dapat, result subject statistics are more better than math. Sobss..sobs.. Demi cinta ku relakan jiwa berpisah dengan bidang math walau setiap masa ku rindu padanya. Tapii...sis happy sebab degree statistics pun ada math juga...tak lari mana pun haihh.. 

Okey...now sis nak share link daripada website fakulti math uitm yang mungkin boleh bantu adik-adik untuk menjawab persoalan yang bermain diminda kalian. Jadi kalau sis tak perasan atau tak sempat nak respon harap link ni dapat membantu la ye.

link: link fskm

nanti korang buka website tu, 
tekan academic 
then programmes (pilih program yang korang nak tahu)
contoh: diploma so akan keluar senarai course diploma. pilih diploma in math sciences
then akan keluar camni


So korang pilih la nak tahu yang mana. 
Kalau nak tahu tentang career tekan career opportunities tu. So terjawab sudah persoalan tentang kerja yang korang tanya tu haa..
Kalau nak tahu tentang syarat kemasukkan, tekan admission requirement.

Untuk degree boleh tekan part degree.

Harap post ni serba sedikit dapat bantu adik-adik semua ya. Maaf sebab tak dapat explain more, sis cuma share apa sis tahu.