Sunday 5 May 2019

sains matematik part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey disebabkan sis menerima banyak soalan daripada para viewers dan maaf sangat sebab sis tak sempat nak respon. Ada juga soalan yang sis sendiri tak dapat nak jawab. Maafkan daku.

Soalan tak dapat nak jawab: "Akak, antara matrik dan diploma mana lagi okey?"

*lap air mata*
Dik, sis minta maaf, sis tak berani nak cakap soal tu. Memang soalan yang mirip, iras, berbau sedemikian sis tak respon ye. Salah jawab nanti hg salahkan sis pula. Lagipun semua ada pendapat masing-masing tentang ni. 

Ini hanya pendapat sis ye :)
Sis tak pernah rasa life dekat matrik dik. Sis ni pun kena marah dengan kaunselor sekolah sebab pilih diploma dari matrik. Hahaha. Tapi..tapi..tapi..sis tak pernah menyesal pilih diploma. Alasan kenapa sis tolak matrik masa tu sebab yang sis tahu, dekat matrik pembelajaran dia laju dan sis pula bukan jenis cepat tangkap, jenis kena study balik pastu study pula ikut mood. #JANGANTIRU Pendek kata selepas dibedah siasat sis rasa matrik tak sesuai untuk diri sis so sis pilih diploma. 

Sis memang suka buat research pasal sesuatu tu sampai puas so demi pilihan yang terbaik untuk diri sendiri sis tanya la bekas student matrik dan diploma, camna life diorang, camna belajar apa semua la sampai sis puas hati. So memang sis tak boleh nak jawab soalan cmni sebab it's depend on diri masing-masing.

Soalan famous amor: "Kalau belajar bidang ni kerja apa ya selain lecturer?"

Soalan ni pun agak sukar untuk dijawab. Tahukah anda bahawasanya ramai di luar sana ramai yang kerja luar bidang. Huhuhu. Tapi jangan risau banyak je kerja untuk bidang math ni sayang-sayang semua. Nanti sis cuba share kat bawah ni okey.

Soalan cepu cemas: "Sekarang akak sambung apa ?"

Alhamdulillah lepas tamat diploma math dengan keputusan yang selalu students uni idamkan, sis sambung degree in statistics. Mesti tertanya kenapa bukan math kan?? Sebab utama sambung degree in statistics adalah sis jatuh cinta pandang pertama dekat subjek statistics. Jenuh dah cuba break tapi tak dapat, result subject statistics are more better than math. Sobss..sobs.. Demi cinta ku relakan jiwa berpisah dengan bidang math walau setiap masa ku rindu padanya. Tapii...sis happy sebab degree statistics pun ada math juga...tak lari mana pun haihh.. 

Okey...now sis nak share link daripada website fakulti math uitm yang mungkin boleh bantu adik-adik untuk menjawab persoalan yang bermain diminda kalian. Jadi kalau sis tak perasan atau tak sempat nak respon harap link ni dapat membantu la ye.

link: link fskm

nanti korang buka website tu, 
tekan academic 
then programmes (pilih program yang korang nak tahu)
contoh: diploma so akan keluar senarai course diploma. pilih diploma in math sciences
then akan keluar camni


So korang pilih la nak tahu yang mana. 
Kalau nak tahu tentang career tekan career opportunities tu. So terjawab sudah persoalan tentang kerja yang korang tanya tu haa..
Kalau nak tahu tentang syarat kemasukkan, tekan admission requirement.

Untuk degree boleh tekan part degree.

Harap post ni serba sedikit dapat bantu adik-adik semua ya. Maaf sebab tak dapat explain more, sis cuma share apa sis tahu. 







Tuesday 9 August 2016

next stage

AIM FOR ANC 

Alhamdulillah,, terima kasih ya Allah.
Alhamdulillah, saya dapat sambung belajar degree dalam bidang statistik dan tempatnyaaa...
jeng..jeng..jeng.. (okey tak seram) saya dapat dekat dengan rumah je. huhu. Rezeki dapat duduk dekat dengan parent lagi. Syukur sangat2.

Tahniah buat semua kawan2 batchmate yang berjaya sambung belajar tu. Tahun ni ramai yang dapat kat Seremban dan course math management. TAHNIAH.
Good luck untuk degree korang. Jangan lupa tembak doa kat sini juga.

Okey hari ni kena cari rumah sewa la sbb nanti lambat2 tak dapat dah la rumah sewa yang dekat dengan u. huhu. So Alhamdulillah juga, Allah permudahkan, dah jumpa dah rumah sewanya. Moga2 itu rumah yang terbaik untuk saya dan partner sy (roomate dulu dapat sekali juga).

Jadi ampunkan dakulah buat kawan2 yang nak saya duduk shah alam tu. huhu.
Takde jodoh lagi nak merantau negeri orang. InsyaAllah nanti next stage pula kita try apply negeri orang. hehe. okey lah, out dulu. :)



Monday 8 August 2016

nervous or afraid?

Buka whatsapp
-upu-
buka wechat
-upu-
buka facebook
-upu-

Haisshhh...lemah den.

Hari ni keputusan UPU dah keluar. Tahniah kat mereka yang berjaya. Selamat melangkah ke peringkat seterusnya. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Keputusan saya tak keluar lagi hari ni. insyaAllah esok baru keluar. Doakan saya dapat course yang saya nak. Okey disebabkan saya ni 'penunggu' keputusan penerapan uitm.. haha, mcm hantu dah bunyinya. Perasaan nervous tu Tuhan je yang tahu sekarang ni. Rasa nak nangis, nak jerit dan takut pun ada, Tak tahu la kenapa ni haa. Dah la semalam mimpi patah gigi bagai. Haish,,aku tak nak la percaya benda-benda karut ni, 

Walau bagaimanapun (dah siap check ejaan) aku rasa aku kena ada sedikit perasaan redha tu. Aku takut aku dapat yang lebih terbaik esok. Yelah, kita manusia hanya mampu merancang, Perancangan DIA yang terbaik. Tak nak la nanti over hoping pastu menangis. Adoyaii..tak de kerja lain ke.


The next ketakutan yang saya tengah rasa sekarang ni, takut untuk cabaran berumah sewa (bukan berumah tangga je ada) dan takut tentang bakal roomates or housemates. Sob3.. SILA MENANGIS. 
Ceritanya, kawan saya bawa saya pergi rumah sewa dia last weekend. Masuk je rumah tu, ya Allah scarynya tengok keadaan rumah tu. Bila masuk je bilik dia, lagi rasa nak meraung. Hahaha. Bukan apa tak selesa keadaan bilik tu. Yelah dah 3 tahun saya belajar tapi selalu dapat kemudahan kolej. 
Nampaknya this stage kena sedia fizikal dan mental untuk hadapi semua ni. *dah menangis dah dua hari lepas* LOL.

The third is takut nak hadapi dunia degree yang mencabar lebih lagi berbanding diploma ni. Cara belajarnya pun dah berbeza. Dulu masa belajar diploma senang je nak jumpa lecturers minta diorang ajar mana tak faham. Ni saya dengar untuk level degree ni takkan sesenang tu nak jumpa lecturer. Sob3.. katanya lecturer degree ni sibuk. Tapi tak tahu la keadaan sebenar macam mana. Hope sangat semua tu tak betul. Harap lecturers degree nanti macam lecturers diploma.

Jadi marilah bersiap sedia untuk menghadapi the next level of study. 
Semoga hari esok menjadi hari yang terbaik untuk saya dengan result penerapan tu. Aminn.








Tuesday 26 July 2016

pure mathematic vs management mathematic

Setelah sekian lama menyepi.
Hari ni baru ada mood nak up post. Huhu.

Hari tu ada la sorang adik aka junior course pm saya tanya pasal future in math nih. Haish berpeluh juga nak menjawabnya. Yela, saya baru je lepas step pertama. Alhamdulillah, dengan izinNya berjaya melepasi step pertama dengan cemerlang bagi saya lah. Bagi orang lain mungkin nak lagi tinggikan. Never mind. Setiap orang ada target masing2.

Adik tu ada tanya saya, apa beza pure math dan management math.
Saya pun pm la sorang lecturer saya yang sangat disegani dan disenangi ramai ni. Kami panggil beliau Madam Shima. Haa. Kenal ke? Kalau sape kenal dengar je nama ni pasti tahu.

Beliau ni orang dalam bidang management math. Sekarang tengah sambung belajar dalam PHD.

Kat bawah ni apa yang beliau terangkan tentang perbezaan pure math dan management math.

-ok pure maths dan mgmt maths ada perbezaannya
-pure maths adlh maths tulen.....kamu akan bljr teori maths tu secara mendalam...kamu akan tahu macam mana sesuatu formula tu wujud....aku akan buktikan macam mana kamu dptkan formula tu hgg sewaktu master atau phd kamu mampu hasilkan teori atau formula kamu sendiri
-tapi mgmt maths adlh matematik yg digunakan utk menyelesaikan mslh pengurusan
-sbg cth....kamu pergi hospital...kamu tunggu lama..so kamu guna beberapa kaedah matematik yg ada utk selesaikan masalah menunggu yg lama di hospital tu....dan kamu beri cdgn penyelesaian kepada pihak pengurusan hospital
-biasanya dlm mgmt maths kita gunakan formula atau kaedah yg bersesuaian dgn masalah yg kita nak selesaikan
-tapi pure maths kita menghasilkan teori yg baru...cth teori pengamiran zati
-kita faham betul2 macam mana formula tu dihasilkan
-kalau mgmt maths....selain kamu boleh jadi lect kamu boleh kerja dgn industry
-kalau pure....sesuai sekali utk jadi pensyarah dan cikgu
-mgmt maths is similar to operation research

Semoga entry ni dapat membantu kalian yang ingin tahu tentang pure math dan mgt math ni ya.

Kepada mereka yang mungkin tengah pening nak pilih course apa nk further study tu. Saya nasihatkan kalian jumpa lecturer korang dan minta nasihat. Korang boleh juga minta pandangan lecturer tu. InsyaAllah nanti korang akan lebih terbuka nak pilih yang mana. Jangan lupa juga berdoa dan usaha tau.

FIGHTING...!! & GOOD LUCK....!!!

Wednesday 27 April 2016

hey!

lamanya lahai tak update blog ni haa..
alhamdulillah akhirnya pada tanggal 17.4.2016 sy unofficially grad in my diploma study..!!
wah, how excited am i..!! walaupun sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan kawan yg dah 3 tahun bersama mengejar cita-cita. lagi2 my roomates. tak de dah nak makan dan belajar sekali, gurau senda dan semualah kenangan yg tercipta selama 3 tahun tu, namun semuanya tetap berlaku jua. 
sedih? sangat sedih. namun kerana terpaksa aku terpaksa relakan. 

sekarang ni semua sibuk dengan life masing2. ws pun tak de dah semeriah dulu. tak de dah nk sibuk handle proram macam dulu2 tu haa,, rindu sangat2. 

sekarang ni sy pun dah selamat menjadi babysitter terhormat untie sy. haha.. (terhormat sgttt)
jauh dari semenanjung. haishh..lama betul kena kerja as a babysitter ni, nak buat cmne sy juga yg sanggup but it's okey sbb blh bljr jaga baby, dan masak sbb my uncle ada gerai jual makanan. so dia minta sy buatkan beberapa jenis kuih untuk dijual. 
haa,,bagi mereka yg rindukan masakkan semenanjung boleh la singgah kt gerai uncle sy kt sandakan. (promote jap) 

so far sy tak berapa faham lagi dialek orang sabah tapi bila sy bercakap dengan pekerja uncle mesti keluar slang sabah haha.. tak pe lah boleh belajar dialek sabah pula. suka3~ 
sy faham je apa diorang cakap if diorang tak cakap laju. so diorang terpaksa la cakap satu2 dengan sy. no hal lah, belajarkan,

doakan sy kuat dan terus bertahan sampai hari dapat balik semenanjung. tak shabarrr rasanyaa..
oh ya, awal2 dduk sini shock la juga dengan masa dia. acah2 duduk oversea je sbb sy rasa pagi dia panjang sgt. jenuh tnggu malam. well tidur tu nikmat paling indah lepas penat bekerjakan. kalau dulu pergi Beijing time winter cepat malam. pape pun redah jerr.. teruskan mencari pengalaman hidup. 


Monday 15 February 2016

For you

What i really want u to know..

When I first met you 

I felt like I had known you forever, 
telling you my secrets 
and what I didn't want ever. 
you listened to me 
I bet you thought I'd never end, 
who would have thought 
we would become more than just friends. 
Over a period of time, 
I got to know the real you. 
A boy so caring and gentle, 
with a heart so true. 
You've survived your life 
with hurt and loneliness by your side. 
I told you I'd never leave 
because of the feelings I have inside. 
I know you 
like no one I have ever known, 
and sometimes I wonder 
what I'd do if you were gone? 
So I have decided 
time answers all. 
If it is meant to be 
time will remove the wall. 
I love the way we are together, 
you can always make me smile. 
Will it ever really be forever? 
I guess I will have to wait awhile. 
Time will reveal what lies ahead 
but always remember 
what I have said. 
Meeting you has changed my life 
and I really love you so, 
the feelings I feel for you 
I am never letting go. 
Remember me always 
and I will too. 
I always think of 
me and you.

#familyfriendpoems 

Sunday 13 December 2015

new semester

Pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu masuk sem baru. Sem yang akan ku coretkan seribu kenangan bersama kawan2 disekelilingku utk disimpan sbgai sbuah kenangan memandangkan kami dah last sem. Sob3. kenangan yg terindah semestinya!

Sem ni walaupun subject yg sy bljr tak banyak tpi agak tough la juga. So mind set ni kna twist balik drpd fikir yg blh horey2 utk sem ni. Haha. Kapten sila berada di landasan yg betul!

Berada dalam kalangan mereka yg satu kepala dengan sy ni amatlah membahagiakan. Tak perlu fikir sangat nak jaga hati bila time bergurau. Kami Alhamdulillah tak pernah lagi lancarkan perang sepanjang kenal. Kalau ada terdetik tu cepat2 ingat yg syaitan tak boleh tengok manusia berdamai. Lagi2 ukhwah yg sedang elok terbina. Tak dapat bayangkan bila tibanya saat perpisahan nanti. Bila cerita perpisahan itu bermain dalam bicara kami, masing2 pura2 kuat dan katanya mereka takkan nangis. Tapi... diorang selalu cakap,
"Haa kalau utk semek (sy la tu) sorg ni kena sediakan baldi awal2.."
Aik, kenapa sy pula yang kena. Mula la sy gaduh2 ukhwah melayan kerenah mereka. Sungguh buat mereka ketawa itu membahagiakan sy. :)
Semoga ukhwah kita ni kekal hingga ke syurga ya!

"Mmm, tak lama lagi umur dah bertambah satu lah weh. Cepatnya masa berlalu."
Haa..ni lagi satu ayat yg selalu kami bualkan. Masing2 akan layan perasaan masing2 bila fikirkan angka umur. Yaa, rasa macam baru semalam main masak2, kejar2 keliling rumah. Dah ramai juga kawan2 yg dah berumah tangga tak lupa juga yg dah pergi menghadap ilahi. Yaa, mati itu pasti. Bagaimana persediaan untuk hadapinya? Tepuk dada tanya iman. Allahu.. Memang tak dinafikan juga impian untuk bertukar status itu ada. Tapi entah sempat ke tidak hanya DIA yg maha mengetahui.

Sebelum masuk tahun 2016 nih, rasanya nak buat check list untuk diri. Biar dengan berubahnya umur berubah jualah diri ni kepada yang lebih baik. Sedangkan result exam pun nak selalu dapat grade tinggi takkan grade penilaian diri tak nak dapat tinggikan. InsyaAllah. Still need the supporters and the guider. :) Doakan semoga segala urusan sy dipermudahkan ya. ❤