Sunday 13 December 2015

new semester

Pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu masuk sem baru. Sem yang akan ku coretkan seribu kenangan bersama kawan2 disekelilingku utk disimpan sbgai sbuah kenangan memandangkan kami dah last sem. Sob3. kenangan yg terindah semestinya!

Sem ni walaupun subject yg sy bljr tak banyak tpi agak tough la juga. So mind set ni kna twist balik drpd fikir yg blh horey2 utk sem ni. Haha. Kapten sila berada di landasan yg betul!

Berada dalam kalangan mereka yg satu kepala dengan sy ni amatlah membahagiakan. Tak perlu fikir sangat nak jaga hati bila time bergurau. Kami Alhamdulillah tak pernah lagi lancarkan perang sepanjang kenal. Kalau ada terdetik tu cepat2 ingat yg syaitan tak boleh tengok manusia berdamai. Lagi2 ukhwah yg sedang elok terbina. Tak dapat bayangkan bila tibanya saat perpisahan nanti. Bila cerita perpisahan itu bermain dalam bicara kami, masing2 pura2 kuat dan katanya mereka takkan nangis. Tapi... diorang selalu cakap,
"Haa kalau utk semek (sy la tu) sorg ni kena sediakan baldi awal2.."
Aik, kenapa sy pula yang kena. Mula la sy gaduh2 ukhwah melayan kerenah mereka. Sungguh buat mereka ketawa itu membahagiakan sy. :)
Semoga ukhwah kita ni kekal hingga ke syurga ya!

"Mmm, tak lama lagi umur dah bertambah satu lah weh. Cepatnya masa berlalu."
Haa..ni lagi satu ayat yg selalu kami bualkan. Masing2 akan layan perasaan masing2 bila fikirkan angka umur. Yaa, rasa macam baru semalam main masak2, kejar2 keliling rumah. Dah ramai juga kawan2 yg dah berumah tangga tak lupa juga yg dah pergi menghadap ilahi. Yaa, mati itu pasti. Bagaimana persediaan untuk hadapinya? Tepuk dada tanya iman. Allahu.. Memang tak dinafikan juga impian untuk bertukar status itu ada. Tapi entah sempat ke tidak hanya DIA yg maha mengetahui.

Sebelum masuk tahun 2016 nih, rasanya nak buat check list untuk diri. Biar dengan berubahnya umur berubah jualah diri ni kepada yang lebih baik. Sedangkan result exam pun nak selalu dapat grade tinggi takkan grade penilaian diri tak nak dapat tinggikan. InsyaAllah. Still need the supporters and the guider. :) Doakan semoga segala urusan sy dipermudahkan ya. ❤

Wednesday 14 October 2015

final exam

Sekarang ni masih dalam peperangan final exam.
Ya Allah, sem ni punya jadual sgt menyeksakan jiwa. Mana taknya jadual exam dekat-dekat dan ya ampunnn...lambatnya nak habis.

Jadual exam sem ni be like:
4.10.2015
7.10.2015
8.10.2015
19.10.2015
20.10.2015

Haa...terseksa sangat sebab jadi orang yang terakhir pastu siap boleh tutup pintu dewan exam.
Terseksa la sebab hari-hari dengar orang tarik bagasi. (*tandanya dah habis final dan masa untuk pulang) Jiran sebelah pun dah kosong weh, Huwaaa...

Pape pun kenalah juga kuatkan jiwa ni untuk hadapi hari-hari seterusnya. Yakin ada hikmah disebalik semua yang berlaku, Jadual tu dah memang terbaik untuk kami. InsyaAllah.

Berblog ni pun sebenarnya baru lepas print maklumat untuk apply kolej. Haaa...ni satu lagi result yang akan kami tunggu-tunggu selain result final nnti bulan november nih. Mak aii..agak nervous juga la walaupun keputusan untuk menduduki kolej jerrr.. Kalau boleh tak nak la jadi non-resident(NR). Walaupun sebenarnya dah pernah rasa jadi NR nih masa sem 3. Not bad tapi amatlah sukar untuk orang yang berpersatuan dan tak de kenderaan macam sy nih. Umm..everytime ada meeting kena tebalkan muka tumpang kereta orang. Tapi tulah pengalaman yang mengajar sy erti hidup. Susah tau kalau tak pandai bergaul. Well..sampai bila nak rasa hidup senang je. Hidup tu kan roda, kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Hargailah setiap pengalaman hidup kita sebab ia akan mematangkan kita. Percayalah!

Okey, sampai sini dulu untuk kali ni.
Jangan lupa doakan kejayaan sy dan kawan-kawan sy dalam final exam sem ni tau. Doakan segala urusan dipermudahkan dan doakan agar kami dapat jawab soalan exam dengan tenang dan ingat apa yg kami belajar dan insyaAllah dapat keputusan yang cemerlang.
Amin. :)

Monday 21 September 2015

syukur

Alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Syukran Jazilan ya Allah.

Masalah selama ni dah berakhir dengan baik.
Tak pernah terlintas pun nak sakiti perasaan sesiapa.
Setelah beberapa lama ia bertamu, kini ia pergi. Alhamdulillah.
Saya tak rasa keputusan tu salah bahkan terbaik buat diri masing-masing.

'Allah tak pernah sia-siakan setiap apa yang berlaku, tapi manusia yang sia-siakan ia'
'Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu'

Walaupun ia mengecewakan buat awak namun suatu yang mengembirakan bagi saya.
Ada sebab kenapa saya buat keputusan ni. :)
Tak ada guna buat benda yang sia-sia. Malah hati saya tak pernah tenang dengan semua tu.
Percayalah dengan apa yang Allah rancang dan tulis untuk kita.
Just follow the flow. Kalau dah itu yang tertulis, walau bagaimanapun ia tetap akan berlaku seperti yang tertulis. Mungkin setiap baik kata yang terluah tu bukan drpd sy. Maaf.
Saya lebih tenang jadi diri sendiri. Maaf jika saya terlalu jujur.
Bagi saya kejujuran tu sangat penting dalam sesuatu perkara. Lagi parah jika dibiarkan ia lama.

Semoga setiap keputusan yang saya buat ni dijalan yang betul dan diredhai Allah. InsyaAllah, Amin.


resepi kek batik

Assalamualaikum semua. Long time no see..
Maaf, sibuk sangat-sangat. Hari ni baru dapat rasa nikmat rehat.
Tengah usha-usha blog sendiri terjumpa request daripada seseorang, dia request resepi kek batik.
So, hari ni nak share resepi kek batik la yang bagi saya sangat simple.

'simple to serve, delicious to eat' 

bahan-bahan:
1 paket milo yang 200 gram
1 butter
2 biji telur
1 tin susu pekat
1 1/2  bungkus biskut marie

cara-cara:
1. Panaskan periuk dan cairkan butter.
2. Masukkan susu pekat dan milo, gaulkan sehingga sebati
3. Masukkan telur kemudian tutup api. Pecahkan biskut dan gaul sehingga sekata.
4. Masukkan dalam bekas dan tekan guna sudu untuk sama ratakan ia.

siap...!!!
senangkan...
haaa, cuba jangan tak cuba.

Kalau saya, saya suka makan yang sejuk. Jadi bila dah siap ratakan biskut tu saya masukkan kek dalam peti sejuk. :)

...Selamat Mencuba...


Friday 21 August 2015

cuba

Saya selalu ingat bait kata-kata
"Setiap yang berlaku adalah ketentuanNya"
"Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia, tetapi manusia yang mensia-siakannya"

Ya..saya yakin setiap yang berlaku sekarang ni ada hikmahnya. Cuma saya buntu tak tahu apakah langkah seterusnya yang patut saya buat. Walaupun saya masih berasa kosong tapi ia tetap tidak buatkan saya terdiam. Buatkan sel-sel otak saya berhubung. Saya tak boleh nak halangnya. *cry*

Bila ditanya sahabat-sahabat sekeliling... jawapan mereka cuma satu..
"Wani buat la solat istikharah, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik"

Bila ditanya..
 "Awak dah buat solat istikharah ke?"
"Ye, saya dah buat dan saya rasa tenang dengan awak"

Mmm..saya bukan tak nak buat tapi saya tak sedia lagi. Terlalu awal untuk saya. Tapi saya tak lupa rancangan Allah itu lebih baik. Semoga segala urusan saya dipermudahkan dan ditunjukkan jalan yang benar dan diredhainya.

P/s: saya bukannya baik tapi saya akan terus cuba jadi yang terbaik.

Wednesday 5 August 2015

hari tua ^_^

Harinya dah tiba....
Alhamdulillah Allah masih berikan peluang untuk merasai nikmat daripada kurniaanNya. Rasa macam dah tua tetiba ahakk3.. *sedar diri okey* insyaAllah tak lama lagi dapat family kedua.. cehh.. wakaka.. *impian oky* doa2kanlah ya.

Hari ni sibuk sangat tak dapat nak rasai jadi birthday girl..mmm..sedih sangat tapi tak pe asal ada orang ingat birthday kita.. walaupun family lepas balik sekolah baru wish mybe sebab diorang tulis tarikh kat sekolah baru ingat kot.. xpe saya okey je. TQ untuk the sweetest wishes daripada warga family..heee... walaupun orang tu wish lambat sejam. Nak merajuk tak jadi sebab orang tu penat baru balik rehearsal. Dimaafkanlah. Tu pun call lagi walaupun kena migrain tetiba.. i really appreciate it.. TQ so much!

Thanks so much too for my dear bffs..ramai kena ada 'S' *tetiba* suka hati laaa... thanks bagi babyboo. Comel sangat2.. mana tahu nak teddy cmtu.. haishh.. so sweet korang. Saya akan simpan babyboo tu baik2 tau..takkan bagi orang lain ambil dia. Hah! Tak lupa juga buat my bffff yang jauh dimata tapi dekat dihati.. thanks for gambar yang comel tu.. mesti la comel dah ada awak dalam tu kan.. hehe. Dengan caption "happy birthday my gojes bff" wuuu...perasan jap.. opss!!

Buat bdak bertuah aka partner gaduh msa part 1 tQ sbb buat saya nangis sebab buat gosip liar.. huh!! Whateverrr...  Terima kasih untuk semua siblings kelab dan classmates sebab sudi wish. TQ untuk semua doa-doa kalian. Dah tua dah saya.
My babyboo


Friday 24 July 2015

mencintaimu lirik



cubalah mengerti
aku ini amat
mencintaimu
aku sentiasa ada di sini

cintamu bukanlah untuk dia
aku memendam rasa terus terseksa
terluka
engkau enggan bicara

kasih tataplah mataku ini
dengarlah suara hati, aku ada di sini
tuhan tolong bantulah kami
bukankanlah pintu hatimu kasih 
didalam redha illahi

lupakan kamu
aku tak mampu
katakan aku
hanya milikmu

kasih tataplah mataku ini
dengarlah suara hati, aku ada di sini
tuhan tolong bantulah kami
bukankanlah pintu hatimu kasih 
didalam redha illahi

kasih tataplah mataku ini
dengarlah suara hati, aku ada di sini
tuhan tolong bantulah kami
bukankanlah pintu hatimu kasih 
didalam redha illahi


Thursday 23 July 2015

kawan selamanya


Kali ni nak cerita pasal seseorang ni. sape? kawan sayalah.
Dia saya kenal masa kami sekolah rendah tapi masa tu saya takde lah kenal dia sangat sebab dia kelas sebelah. Saya waktu tu suka buli kawan2 dia yang sekelas dengan saya sebab tu kenal juga dia. Kalau nak imbas balik memori dengan dia masa sekolah dulu tu memang jawab dia tak ingat laa..haha.
Pastu kitorang jumpa balik masa sekolah menengah. Haa,,masa tu pun takdelah rapat sangat juga sebab dia tak amik arab masa tu. Cuma disebabkan kelas kami satu blok dan dah pernah kenal masa sekolah rendah kami bertegur sapa la juga.

Entah macam mana boleh rapat dengan dia saya pun tak tahu. *nanti jap lagi nak tanya dia kot2 dia tahu kan, haha*
Sekarang ni dah macam adik beradik dah kot. Selalu share problem dengan dia, ye la lepas sy cerita problem saya dengan pencipta saya la. Bila share problem dengan dia rasa release sangat walaupun kadang2 tu dia tak menyebelahi saya pun. Itu kalau saya salahlah, memang dia takkan sokong saya jadi saya takdelah asyik fikir saya je betul dalam dunia ni.. hahaha. *nasib sedar diri*

Dia sangat unik orangnya. Macam baru je kenal dia semalam. Yelah semalam kitorang cakap pasal plan untuk masa depan. Terkejut sangat dengan planning dia, jauh sangat dia fikir untuk diri dia sendiri. Apa saya boleh cakap dia memang boleh hidup sorang diri kalau buang kat pulau pun. haha. *ni puji eh, bukan main2* Tak peliklah kalau dia berfikiran matang dalam selesaikan masalah saya. Lagi unik bila dia tak suka makan kek sebab dia ada kisah disebalik kek tu. Hurm, saya harap suatu hari nanti awak suka makan kek balik sebab saya suka buat kek dan saya nak awak dapat makan kek saya tu. Bukan biskut raya je awak dapat makan. haha.


Tadi dia tanya tengah buat apa. Cehh..macam tahu2 je saya nak tulis blog pasal dia, terus dia minta link blog ni hah.. aduyai serba salah nak bagi sebab malu. ngeee~~ Then, ceritalah kenapa takut nak bagi link blog ni kat dia. fuhh,,,~~ alhamdulillah dia faham. Good bff..!! :) Tapi based on soalan yang bertubi-tubi like machine gun tuh macam nak berusaha stalk blog saya. hurmm... xpe tak kisah pun asalkan awak ingat pesan saya tu okey. No misunderstanding okey.

Saya harap persahabatan kita ni akan kekal hingga akhir hayat dan ke jannah. Macam awak cerita yang awak pernah hilang kawan dulu, Macam mana saya pernah bagitahu yang mungkin kita takkan selalu rapat macam sekarang lagi2 bila masing2 dah jadi milik orangkan. *kawinlah* walaupun benda tu lambat lagi tapi itulah cabaran persahabatan kita akan datang. :) But no worry insyaAllah our friendship will always strong. Aminn. Sama-sama doakan.


Dituju khas untuk bakal IR yang tak suka makan kek. :)

Wednesday 22 July 2015

Facts about life


1) No matter how beautiful/ handsome you are, just
remember that baboons and gorillas also attract tourists.

2) No matter how big and strong you are, you shall not carry yourself to the grave.

3) No matter how tall you are, you can never see
tomorrow.

4) No matter how light skinned you are, you always need a light in the dark.

5) No matter how rich and how many cars you have, you will always walk to the toilet.

So take it easy....life is short...have a wonderful day..


Saturday 11 July 2015

fettuccine carbonara

Akhirnya ada juga peluang nak update blog ni. Dekat U tu tak sempat nak duduk relax2 update blog. Weekend pun masa untuk rehat dan buat assignment. Tak tahu la macam mana orang lain susun masa diorang untuk update blog ni. Okey dah cerita pasal tu. Sekarang nak cerita pasal resepi yang dah laaaaama saya cuba buat tapi baru dapat kongsi hari ni. *sadiss

Resepi ni sebenarnya terhasil bila adik-adik nak makan pasta carbonara dan saya mengidam sangat-sangat. *sebab hari tu ada kakak tu datang bilik jual spageti carbonara, sedap sangat!!! ingat nak beli lagi tapi lepas tu dia tak muncul-muncul dah kat depan pintu bilik saya* Disebabkan kos untuk memasak ditanggung sediri, berusaha laa hasilkan resepi yang jimat kos. hee :)

Maka terhasillah resepi ni yang digabung dan diolah. Saya hanya perlu beli 1 pakej fettuccine, cendawan butang, cheddar cheese, butter *majerin tak perlu beli pun sebenarnya tapi saya lebih suka guna butter*, 1 kotak susu segar dan aregano. Bahan-bahan lain tu dah ada kat rumah so tak perlu la saya nak beli lagi kan.

bahan-bahan:
1 paket fettuccine
6 keping cheddar cheese
1 tin cendawan butang     (dihiris)
1/3 butter/ majerin     (untuk menumis)
5 biji bawang putih     (potong dadu)
2 biji bawang merah    (potong dadu)
isi ayam    (dipotong kecil/cincang)
2 cawan susu segar
1 sdt tepung jagung
aregano/parsley flakes
lada hitam
garam secukup rasa

cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan butter. Tumiskan semua bawang-bawang, kacau sehingga kekuningan dan wangi. Koyakkan cheddar cheese dan masukkan ke dalam kuali.
2. Masukkan 1 cawan susu segar dan kacau sehingga cheddar cheese betul-betul cair. Campurkan tepung jagung dengan sedikit susu segar (agak-agak tepung boleh larut semua dengan susu tu) selepas itu masukkannya ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
3.Masukkan 1 cawan susu lagi, masukkan cendawan butang, ayam yang telah dicincang, garam dan lada hitam secukup rasa. Taburkan sedikit aregano. Kacau lagi, bila kuah agak-agak dah pekat seperti yang dikehendaki tutup api.

cara rebus fettuccine:
panaskan air masukkan sedikit garam dan sedikit minyak. Bila air sedikit mendidih, masukkan fettuccine ke dalamnya dan rebus sehingga lembut.

Tadaa!! nilah hasilnya.
selamat mencuba...

Tuesday 5 May 2015

kenapa....?

"Kenapa saya diuji sebegini?" menangis teresak-esak sambil peluk bantal busuk.

"Kerana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut; ayat 2-3 yang bermaksud
apakah manusia mengira bahawa mereka akan hanya dibiarkan dengan mengatakan: 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

"Kenapa saya diberi ujian seberat ni?" pukul-pukul bantal tanda geram.

"Kerana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

"Putus asa la kalau macam ni!" baling bantal tanda protes.

"Awak jangan macam tu, tak baik tau, Allah berfirman pula dalam surat Yusuf ayat 87 yang bermaksud "....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

"Tapi saya lemah, tak kuat, selalu sedih hati"

Ambil bantal busuk yang dibaling tadi dan hulurkan kepada kawannya.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imraan ayat 139"

"Awak, macam mana saya nak hadapi semua ujian ni?" peluk kawan erat.

"Awak dengar elok-elok apa saya nak bagitahu ni. Allah berfirman dalam buku cinta kita ni *tunjuk al-quran* "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Surah Al-Baqarah ayat 45. Awak juga kena kuat tau *buat tangan sado sambil senyum*.

Senyum. "Pada siapa saya perlu berharap?"

"Haa.. Allah telah berfirman yang bermaksud cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Surah At-Taubah ayat 129. Awak nak tahu tak apa yang awak dapat dari semua ujian ni?"

"Of course la saya nak tahu. Awak sudikan share dengan saya." buat muka cute macam rilakuma.

"Sudah semestinya saya akan share dengan kawan saya ni. *cubit pipi kawan* Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Surah At-Taubah ayat 111."

"Ooo begitu,, terima kasih awak, sayang awak sampai syurga. Awak doakan saya kuat ya." peluk erat sambil nangis.

"InshaAllah. awak pasti kuat. Sayang awak sampai syurga juga." Lapkan air mata kawan.




Saturday 2 May 2015

pipi hawa

Hari ni nak kongsi satu ilmu tentang kaum hawa.
Hari tu masa saya tengah drive, saya terdengar ada ustaz yang bercerita tentang pipi kaum hawa ni kat radio ikim. Tapi cuma iklan je, kejap je. :( Cerita tu menarik hati saya untuk tahu lebih lanjut tentang pipi kaum hawa ni so, hari ni saya nak kongsi ilmu tentang pipi kaum hawa. J

Di pendekkan cerita, semasa Allah menciptakan hawa, Malaikat mendekati hawa yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah,  “Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut.” Allah menjawab, “Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, akan tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak boleh menggambarkan kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.” Malaikat bertanya lagi, “Adakah dia boleh berfikir?” lalu Allah menjawab, “Tidak hanya boleh berfikir, dia juga pandai mengambil hati dan pandai berbicara, berdialog dan juga berdebat.

Selepas itu, Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian Malaikat bertanya
kepada Allah, “Ya Allah, kenapa pipinya ranum dan berkilau?” Allah menjawab, “Pipi itu bukan sahaja ranum dan berkilau, di situ tersimpan air mata dan terletaknya beban berat.” Lalu Malaikat bertanya lagi, “Mengapa mengalirkan air mata?” Allah menjawab, “Air mata adalah satu-satunya cara untuk wanita melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara wanita untuk mengungkapkan cinta, kesedihan, pengaduan, kebencian, kerinduan, kekecewaan, ketidaksenangan, kesendirian, kegembiraan dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.”

Itulah kisah disebalik pipi kaum hawa.

Semoga bermanfaat untuk semua. 

Friday 1 May 2015

sains matematik


Dah lama nak buat entri tentang bidang saya belajar ni sebenarnya sebab masa saya dapat keputusan UPU dulu saya pun tertanya-tanya apa benda la bidang sains matematik. Dah la tak pernah tahu pun lagi teruk bila tahu pasal bidang ni wujud pun sebab cikgu kaunselor cadangkan untuk minta bidang ni. okey cikgu. Jadi masa isi UPU tu letaklah bidang ni yang kelima. Dengan ketentuan dan izinNYA saya dapat bidang matematik dan dapat universiti dekat dengan rumah. Saya menangis sebab dapat U dekat dengan rumah. *orang lain suka dapat U dekat dengan rumah, kita nangis* Mana tak nangis sekolah lagi jauh daripada U dan tak dapat U yang saya idamkan tu. Lepas tu muhasabah diri balik. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Saya terima tawaran tu dengan sokongan keluarga. Matrik dapat kat Changlung tapi tak pergi sebab masa tu ayah baru lepas excident. Ada hikmah disebalik yang terjadi, inshaAllah.Okey, dah la merapu, kita masuk tajuk kita ya.

 Related image

sains matematik ni sangat sesuai untuk insan-insan yang sangat suka kepada nombor ataupun matematik. *yelah,nama pun bidang math kan* Tapiiii... kitorang yang belajar bidang ni sebenarnya tak minat math pun. Yup! seriously saya tanya kawan-kawan kelas saya majoriti jawab tak minat math pun dan tak sangka dapat bidang tu. Tapi..tapi..tapi..walaupun kitorang tak minat tapi 9 per 10 pelajar dalam kelas saya dapat dekan setiap semester, Alhamdulillah. *saya dah nak masuk sem 5 diploma* Ini menunjukkan bahawa minat bukan segalanya. Saya nak bagitahu yang saya dah jatuh hati kat bidang math ni. Walaupun still rasa cemburu bila tengok orang post pasal farmasi dan dentistry. *tulah cita-cita saya dulu* Awak janganlah takut ya nak menceburi bidang math ni. Seronok sangat belajar math dan jujur saya cakap saya lebih faham subject calculus lebih daripada subject add math. Pelikkan sebab orang cakap study U ni susah. *dulu la masa tak masuk U lagi* Subjek yang korang akan belajar bukan math semata-mata tau. Antara subjek yang saya belajar selain subjek teras adalah computer problem solving, economy, accounting, management, statistical method, probability, geometry, basic statistic, calculus (start daripada pre calculus hingga calculus 3), math logic and proving. Tulah subjek yang saya belajar sepanjang 4 semester kat U. 
ini senarai subjek bagi setiap semester :)
(senarai subjek berbeza mengikut universiti)

Jangan risau, bidang ni bagi saya tak stress pun kalau kita pandai bagi masa kita untuk study dan perkara lain. Kalau korang ada masalah dalam pelajaran cari kawan-kawan yang boleh ajar korang kalau tak ada juga terus jumpa lecturer korang kalau tak faham lecturer korang ajar boleh minta lecturer lain tolong ajarkan. Lecturer kat U saya semua baik-baik dan mudah didekati asal rajin je nak jumpa diorang. Yang paling penting hormat diorang tau.Rasanya tu je yang ada dalam fikiran buat masa ni nak kongsikan. Kalau korang nak tahu tentang bidang matematik ni tinggalkan komen kat bawah tu ya. :)InshaAllah kalau saya boleh tolong, saya akan tolong awak. 

Oh ya lupa nak inform yang bidang matematik yang saya ambil ni program code dia CS143 dulu CS113. Saya first batch untuk code CS143 dan yang terakhir students yang akan belajar selama 6 semester. Students lepas batch kitorang belajar 5 semester je dan ada subjek yang kitorang belajar diorang tak belajar. Yelah sebab pendekkan masa belajarkan. Last words, belajar sungguh-sungguh ya biar dapat dekan setiap semester so that korang boleh dapat Anugerah Naib Canselor (ANC) nanti konvo dan boleh banggakan parent korang. Belajar kerana Allah juga ya kawan-kawan. Enjoy your study!! 
mathematics is awesome!!

p/s: sekarang course cs143 ni dah lain tau, total sem 5 je then subject dia pun banyak lain dengan batch saya dulu. Junior saya bagitahu yang subject diorang tak banyak subject statistic dah. Apa pun just enjoy your study okey. insyaAllah semua baik-baik je. saya doakan kecemerlangan korang. GOOD LUCK..!!

update (23/9/2018) Ramai yang tanya saya, course ni banyak add math tak. Okey, macam ni add math takde tapi ada subjek calculus. At first saya sendiri pun takut dengan calculus ni sbb senior kata macam add math. Saya masa kat sekolah dulu add math biasa2 je lulus pun dah syukur tau. Tapiii..calculus ni lagi senang tau sebab saya belajar daripada pre calculus which is basic. Pre calculus ni korang akan nampak dan lebih faham macam mana jalan kira add math tu sebenarnya. Seriously seronok sangat belajar calculus ni tau. Jadi jangan takut. Kunci dia senang je dalam mana mana bidang pun, jangan fikir sesuatu subjek atau course tu susah. Biar la senior cakap susah pun jangan dengar, belajar dulu. Once korang dah set in mind subjek tu susah, ia akan jadi susah.

5 mei 2019 - part 2

Thursday 30 April 2015

hidung berdarah

Pengalaman budak first time kena penyakit hidung berdarah..

Masa first hidung berdarah masa balik exam statistical method. *saya ni budak math* Masa tu exam pukul 2.15 - 5.15 petang. Pagi tu memang tak boleh bau makanan, rasa pening dan mual-mual tapi disebabkan petang tu nak exam, paksakanlah juga diri ni makan. Alhamdulillah semua urusan exam petang tu berjalan dengan lancar xde rasa pening-pening. Risau juga sebenarnya takut dibuatnya sakit-sakit dalam dewan exam tu mana boleh nak tangguh exam ni final exam kan. Pukul 1.45 petang pergi exam tu cuaca agak panas juga.

Lepas exam pergi cafe tetiba rasa nak minum air nescafe jadi saya pun belilah sebungkus air nescafe tu dan minum puas-puas sebab rasa dahaga sangat. Petang tu memang tak rasa nak makan nasi pun. Lepas solat maghrib terus berkejar ke tandas sebab rasa nak muntah. Time muntahkan segala makanan dalam perut ni tetiba menitislah darah. Seriously masa tu macam-macam perasaan ada nervous, risau dan terkejut. Saya sakit ke? Tak pernah pun jadi macam ni. Lepas tu terus bagitahu roomates, diorang pun nervous juga dan saya tak tahu pula roomates saya sorang tu mabuk darah. Oh tidak, ksian dia. Dia pula yang pening sebab tengok darah. Sory saya tak tahu tentang tu. Then lepas take bath darah berhenti.

..12 April 2015..
Semalam tak boleh tidur, dalam pukul 3 pagi, rasa macam ada cecair yang mengalir dalam tekak. Ingat ke air liur biasa je tapi bila telan rasa lain mcam terus bangun then mengalirlah something kat hidung. Tapi kali ni banyk juga daripada yang sebelumnya tu. Sampai keluar macam darah beku melalui mulut. Lepas tu rasa pening amat. Seriously risau. pastu cuba untuk tidur dan dalam pukul 4 pagi baru boleh tidur. Semasa cuba untuk tidur tu rasa macam ya Allah adakah saya sakit dan hari ni hari last saya kat dunia ni.

Keesokkannya, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencuci dosa-dosa. Tengok screenphone then senyum buat diri sendiri tapi ada satu suara "kalau kau sakit dan masanya hampir tiba macam mana?" Ya Allah takut sangat. Dan sunggguh saya tak bersedia lagi untuk pergi.


..13 April 2015..
Petang itu, saya pergi pick up adik-adik kat sekolah. Jauh juga sekolah mereka tu about 10km kot. tapi jauh la yang penting. :) Bila sampai kat sekolah diorang tetiba hidung berdarah lagi. Tapi bila fikirkan memang saya tak boleh stop lama kat sekolah diorang tu sebab nanti saya sakit kepala pula lagi tak boleh drive. Jadi, saya buatlah keputusan untuk tetap drive dengan keadaan bleeding tu. Adalah juga berhenti kat tepi jalan sebab darah banyak dalam tekak dan tak boleh nak bernafas. Banyak habis tisu dalam kereta dan hampir-hampir nak guna tudung. Adik-adik saya memang dah nervous habislah tengok kakak dia macam tu. Pastu pesan kat adik yang darjah 5, "kalau kakak pengsan angkat handbreak ni tau" dalam hati betul ke kena buat cmtu untuk hentikan kereta. Saya dapat idea tu pun sebab masa belajar kereta dulu pernah cikgu tu tarik handbreak sebab saya nak langgar moto. *shy* Alhamdulillah saya dan adik-adik selamat sampai rumah. Mama pun suruh adik saya ambilkan daun sireh untuk letakkan dalam hidung. Mama cakap tu cara nenek buat kat mama masa hidung mama berdarah masa kecil-kecil dulu. Tahu tak daun sireh tu apa? Jap lagi saya tunjukkan gambar hasil daripada google ya. Alhamdulillah dengan izin Allah darah berhenti dan lepas tu saya tak berdarah hidung lagi.

nilah daun sireh

Wednesday 29 April 2015

blog dah siap!

Alhamdulillah, finally siap juga blog yang ke3 nih. *dah ke3?*
yup! dah yang ke3 tapi blog yang first tu saya dah delete sebab banyak sangat kenangan lama yang tercoret dalam tu. kenangan yang pahit, manis, masin, tawar dan kenangan bersama mereka yang telah pergi buat selamanya. Alfatihah. semoga arwah berada dalam kalangan orang yang beriman. amin. okey, tak mahu sedih-sedih.

Blog yg ke2? blog yang ke2 tu sebenarnya pernah wujud tapi ada masalah sikit dengan blog tu jadi saya buat keputusan untuk buat blog baru dengan semangat yang baru dan pindahkan post2 yang berguna kat dalam blog baru ni dan inilah blog saya yang ke3. *clap*

Kenapa saya buat blog?
yang pertama, saya rindu nak tulis blog macam dulu-dulu
yang kedua, supaya saya boleh kongsi sesuatu yang berguna untuk orang lain.
yang ketiga, saya suka menulis.
yang keempat, sebab saya cemburu bila tengok orang lain ada blog.
tu jelah kot alasannya. :)

Jadi, saya harap saya tak sia-siakan apa yang dah saya usahakan ini dan gunakannya sebaik mungkin.
InshaAllah. 
spread a little love

~hidup kita~

jom dengar cerita
     Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi. aaauummmmm!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi si hamba Allah itu pun lari untuk menyelamatkan diri. Namun, harimau itu mengejar hamba Allah itu kerana ia merasa sangat lapar. Hamba Allah itu sangat takut lalu berlari lintang pukang sambil berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham oleh harimau itu. Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di hadapannya lalu si hamba Allah itu terus terfikir untuk terjun ke dalam perigi.
   
Di dalam perigi itu ada sebuah timba dan tali yang pendek. Jadi si hamba Allah itu pun tergantunglah di tengah-tengah perigi itu. Di mulut perigi, harimau yang lapar tadi sedang menunggungnya. Si hamba Allah itu pun memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya sambil berdoa kepada Allah. Sedang dia berfikir, tiba-tiba terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Rupa-rupanya ada dua ekor buaya yang kelaparan di dalam air perigi itu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bertambahlah takut si hamba Allah itu. Sedang si hamba Allah dalam ketakutan, datang seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi mengigit tali tempat dia bergantung.
   
     Selepas itu, seekor lagi tikus hitam keluar melakukan perkara yang sama. "Macam mana aku nak buat ni. Habislah aku jadi mangsa buaya. Kalau aku naik ke atas sudah tentu aku akan dimakan oleh si harimau. Kalau menunggu tali putus dan jatuh sudah tentu aku akan dimakan oleh si buaya" fikir si hamba Allah itu. Sedang si hamba Allah itu berfikir lagi, datang pula lebah membawa madu. Si hamba Allah pun mendongak ke langit untuk melihat lebah tersebut. Tiba-tiba setitik madu terjatuh ke dalam mulut si hamba Allah itu. Nikmat yang tidak terkata dan hamba Allah itu berkata, "Fuh manisnya madu ini, tak pernah ku rasa manisnya. Sedapnya, Subhanallah". Kerana setitis madu si hamba Allah itu lupa pada si harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan si buaya yang sedang menantinya di bawah. ~tamat~

MORAL OF THE STORY: Kamu semua nak tahu, si hamba Allah itu adalah kita semua. Si harimau yang mengejar itu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat ingatlah. Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus putih dan hitam itu adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. (kan tikus tu gigit tali tu). Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba Allah itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah bila dah dapat nikmat sikit dah lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. :)