Monday 8 August 2016

nervous or afraid?

Buka whatsapp
-upu-
buka wechat
-upu-
buka facebook
-upu-

Haisshhh...lemah den.

Hari ni keputusan UPU dah keluar. Tahniah kat mereka yang berjaya. Selamat melangkah ke peringkat seterusnya. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Keputusan saya tak keluar lagi hari ni. insyaAllah esok baru keluar. Doakan saya dapat course yang saya nak. Okey disebabkan saya ni 'penunggu' keputusan penerapan uitm.. haha, mcm hantu dah bunyinya. Perasaan nervous tu Tuhan je yang tahu sekarang ni. Rasa nak nangis, nak jerit dan takut pun ada, Tak tahu la kenapa ni haa. Dah la semalam mimpi patah gigi bagai. Haish,,aku tak nak la percaya benda-benda karut ni, 

Walau bagaimanapun (dah siap check ejaan) aku rasa aku kena ada sedikit perasaan redha tu. Aku takut aku dapat yang lebih terbaik esok. Yelah, kita manusia hanya mampu merancang, Perancangan DIA yang terbaik. Tak nak la nanti over hoping pastu menangis. Adoyaii..tak de kerja lain ke.


The next ketakutan yang saya tengah rasa sekarang ni, takut untuk cabaran berumah sewa (bukan berumah tangga je ada) dan takut tentang bakal roomates or housemates. Sob3.. SILA MENANGIS. 
Ceritanya, kawan saya bawa saya pergi rumah sewa dia last weekend. Masuk je rumah tu, ya Allah scarynya tengok keadaan rumah tu. Bila masuk je bilik dia, lagi rasa nak meraung. Hahaha. Bukan apa tak selesa keadaan bilik tu. Yelah dah 3 tahun saya belajar tapi selalu dapat kemudahan kolej. 
Nampaknya this stage kena sedia fizikal dan mental untuk hadapi semua ni. *dah menangis dah dua hari lepas* LOL.

The third is takut nak hadapi dunia degree yang mencabar lebih lagi berbanding diploma ni. Cara belajarnya pun dah berbeza. Dulu masa belajar diploma senang je nak jumpa lecturers minta diorang ajar mana tak faham. Ni saya dengar untuk level degree ni takkan sesenang tu nak jumpa lecturer. Sob3.. katanya lecturer degree ni sibuk. Tapi tak tahu la keadaan sebenar macam mana. Hope sangat semua tu tak betul. Harap lecturers degree nanti macam lecturers diploma.

Jadi marilah bersiap sedia untuk menghadapi the next level of study. 
Semoga hari esok menjadi hari yang terbaik untuk saya dengan result penerapan tu. Aminn.








No comments:

Post a Comment