Wednesday 29 April 2015

~hidup kita~

jom dengar cerita
     Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi. aaauummmmm!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi si hamba Allah itu pun lari untuk menyelamatkan diri. Namun, harimau itu mengejar hamba Allah itu kerana ia merasa sangat lapar. Hamba Allah itu sangat takut lalu berlari lintang pukang sambil berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham oleh harimau itu. Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di hadapannya lalu si hamba Allah itu terus terfikir untuk terjun ke dalam perigi.
   
Di dalam perigi itu ada sebuah timba dan tali yang pendek. Jadi si hamba Allah itu pun tergantunglah di tengah-tengah perigi itu. Di mulut perigi, harimau yang lapar tadi sedang menunggungnya. Si hamba Allah itu pun memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya sambil berdoa kepada Allah. Sedang dia berfikir, tiba-tiba terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Rupa-rupanya ada dua ekor buaya yang kelaparan di dalam air perigi itu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bertambahlah takut si hamba Allah itu. Sedang si hamba Allah dalam ketakutan, datang seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi mengigit tali tempat dia bergantung.
   
     Selepas itu, seekor lagi tikus hitam keluar melakukan perkara yang sama. "Macam mana aku nak buat ni. Habislah aku jadi mangsa buaya. Kalau aku naik ke atas sudah tentu aku akan dimakan oleh si harimau. Kalau menunggu tali putus dan jatuh sudah tentu aku akan dimakan oleh si buaya" fikir si hamba Allah itu. Sedang si hamba Allah itu berfikir lagi, datang pula lebah membawa madu. Si hamba Allah pun mendongak ke langit untuk melihat lebah tersebut. Tiba-tiba setitik madu terjatuh ke dalam mulut si hamba Allah itu. Nikmat yang tidak terkata dan hamba Allah itu berkata, "Fuh manisnya madu ini, tak pernah ku rasa manisnya. Sedapnya, Subhanallah". Kerana setitis madu si hamba Allah itu lupa pada si harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan si buaya yang sedang menantinya di bawah. ~tamat~

MORAL OF THE STORY: Kamu semua nak tahu, si hamba Allah itu adalah kita semua. Si harimau yang mengejar itu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat ingatlah. Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus putih dan hitam itu adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. (kan tikus tu gigit tali tu). Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba Allah itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah bila dah dapat nikmat sikit dah lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. :)

No comments:

Post a Comment