Saturday 2 May 2015

pipi hawa

Hari ni nak kongsi satu ilmu tentang kaum hawa.
Hari tu masa saya tengah drive, saya terdengar ada ustaz yang bercerita tentang pipi kaum hawa ni kat radio ikim. Tapi cuma iklan je, kejap je. :( Cerita tu menarik hati saya untuk tahu lebih lanjut tentang pipi kaum hawa ni so, hari ni saya nak kongsi ilmu tentang pipi kaum hawa. J

Di pendekkan cerita, semasa Allah menciptakan hawa, Malaikat mendekati hawa yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah,  “Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut.” Allah menjawab, “Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, akan tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak boleh menggambarkan kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.” Malaikat bertanya lagi, “Adakah dia boleh berfikir?” lalu Allah menjawab, “Tidak hanya boleh berfikir, dia juga pandai mengambil hati dan pandai berbicara, berdialog dan juga berdebat.

Selepas itu, Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian Malaikat bertanya
kepada Allah, “Ya Allah, kenapa pipinya ranum dan berkilau?” Allah menjawab, “Pipi itu bukan sahaja ranum dan berkilau, di situ tersimpan air mata dan terletaknya beban berat.” Lalu Malaikat bertanya lagi, “Mengapa mengalirkan air mata?” Allah menjawab, “Air mata adalah satu-satunya cara untuk wanita melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara wanita untuk mengungkapkan cinta, kesedihan, pengaduan, kebencian, kerinduan, kekecewaan, ketidaksenangan, kesendirian, kegembiraan dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.”

Itulah kisah disebalik pipi kaum hawa.

Semoga bermanfaat untuk semua. 

No comments:

Post a Comment