Friday 1 May 2015

sains matematik


Dah lama nak buat entri tentang bidang saya belajar ni sebenarnya sebab masa saya dapat keputusan UPU dulu saya pun tertanya-tanya apa benda la bidang sains matematik. Dah la tak pernah tahu pun lagi teruk bila tahu pasal bidang ni wujud pun sebab cikgu kaunselor cadangkan untuk minta bidang ni. okey cikgu. Jadi masa isi UPU tu letaklah bidang ni yang kelima. Dengan ketentuan dan izinNYA saya dapat bidang matematik dan dapat universiti dekat dengan rumah. Saya menangis sebab dapat U dekat dengan rumah. *orang lain suka dapat U dekat dengan rumah, kita nangis* Mana tak nangis sekolah lagi jauh daripada U dan tak dapat U yang saya idamkan tu. Lepas tu muhasabah diri balik. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Saya terima tawaran tu dengan sokongan keluarga. Matrik dapat kat Changlung tapi tak pergi sebab masa tu ayah baru lepas excident. Ada hikmah disebalik yang terjadi, inshaAllah.Okey, dah la merapu, kita masuk tajuk kita ya.

 Related image

sains matematik ni sangat sesuai untuk insan-insan yang sangat suka kepada nombor ataupun matematik. *yelah,nama pun bidang math kan* Tapiiii... kitorang yang belajar bidang ni sebenarnya tak minat math pun. Yup! seriously saya tanya kawan-kawan kelas saya majoriti jawab tak minat math pun dan tak sangka dapat bidang tu. Tapi..tapi..tapi..walaupun kitorang tak minat tapi 9 per 10 pelajar dalam kelas saya dapat dekan setiap semester, Alhamdulillah. *saya dah nak masuk sem 5 diploma* Ini menunjukkan bahawa minat bukan segalanya. Saya nak bagitahu yang saya dah jatuh hati kat bidang math ni. Walaupun still rasa cemburu bila tengok orang post pasal farmasi dan dentistry. *tulah cita-cita saya dulu* Awak janganlah takut ya nak menceburi bidang math ni. Seronok sangat belajar math dan jujur saya cakap saya lebih faham subject calculus lebih daripada subject add math. Pelikkan sebab orang cakap study U ni susah. *dulu la masa tak masuk U lagi* Subjek yang korang akan belajar bukan math semata-mata tau. Antara subjek yang saya belajar selain subjek teras adalah computer problem solving, economy, accounting, management, statistical method, probability, geometry, basic statistic, calculus (start daripada pre calculus hingga calculus 3), math logic and proving. Tulah subjek yang saya belajar sepanjang 4 semester kat U. 
ini senarai subjek bagi setiap semester :)
(senarai subjek berbeza mengikut universiti)

Jangan risau, bidang ni bagi saya tak stress pun kalau kita pandai bagi masa kita untuk study dan perkara lain. Kalau korang ada masalah dalam pelajaran cari kawan-kawan yang boleh ajar korang kalau tak ada juga terus jumpa lecturer korang kalau tak faham lecturer korang ajar boleh minta lecturer lain tolong ajarkan. Lecturer kat U saya semua baik-baik dan mudah didekati asal rajin je nak jumpa diorang. Yang paling penting hormat diorang tau.Rasanya tu je yang ada dalam fikiran buat masa ni nak kongsikan. Kalau korang nak tahu tentang bidang matematik ni tinggalkan komen kat bawah tu ya. :)InshaAllah kalau saya boleh tolong, saya akan tolong awak. 

Oh ya lupa nak inform yang bidang matematik yang saya ambil ni program code dia CS143 dulu CS113. Saya first batch untuk code CS143 dan yang terakhir students yang akan belajar selama 6 semester. Students lepas batch kitorang belajar 5 semester je dan ada subjek yang kitorang belajar diorang tak belajar. Yelah sebab pendekkan masa belajarkan. Last words, belajar sungguh-sungguh ya biar dapat dekan setiap semester so that korang boleh dapat Anugerah Naib Canselor (ANC) nanti konvo dan boleh banggakan parent korang. Belajar kerana Allah juga ya kawan-kawan. Enjoy your study!! 
mathematics is awesome!!

p/s: sekarang course cs143 ni dah lain tau, total sem 5 je then subject dia pun banyak lain dengan batch saya dulu. Junior saya bagitahu yang subject diorang tak banyak subject statistic dah. Apa pun just enjoy your study okey. insyaAllah semua baik-baik je. saya doakan kecemerlangan korang. GOOD LUCK..!!

update (23/9/2018) Ramai yang tanya saya, course ni banyak add math tak. Okey, macam ni add math takde tapi ada subjek calculus. At first saya sendiri pun takut dengan calculus ni sbb senior kata macam add math. Saya masa kat sekolah dulu add math biasa2 je lulus pun dah syukur tau. Tapiii..calculus ni lagi senang tau sebab saya belajar daripada pre calculus which is basic. Pre calculus ni korang akan nampak dan lebih faham macam mana jalan kira add math tu sebenarnya. Seriously seronok sangat belajar calculus ni tau. Jadi jangan takut. Kunci dia senang je dalam mana mana bidang pun, jangan fikir sesuatu subjek atau course tu susah. Biar la senior cakap susah pun jangan dengar, belajar dulu. Once korang dah set in mind subjek tu susah, ia akan jadi susah.

5 mei 2019 - part 2

42 comments:

  1. Yaey sem dpn buleh tny budak math... maybe algebra...hahaha... sem lps lupa nk tny bizi ngn go lain etek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah! awk org first comment blog sy..sob3. hehehe
      insyaAllah blh je tnya..klau sy blh jwb sy jwb.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Akak saya nak tanya lebih lanjut pasal dip sains matematik ni. Saya dpt dip ni kat uitm tapah. Saya nak isi yayasan bank rakyat tapi tak de bidang pengajian sains matematik tp yg lain ada sy nak isi ape ye kak? Sains matematik sama ke dgn sains statistik atau sains? Mohon pencerahan dan bantuan akak. And kalau akak x kisah boleh ke saya nak email akak? Harap akak dpt bantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hazira, maaf sgt3 for the late respon. Sy tak pernah pula apply yayasan tu. Tpi nama lain bgi sc math ni sc kuantitatif. Email sy nurwanyy58@gmail.com

      Delete
  3. saya dpat diploma sains math uitm machang smpai skrang sy msih terfkir nk krja apa dgn kos ni sy tkut end up jdi penganggur ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tahu aku reply cam lambat, jadi aku main reply untuk umum jela. diploma ni aku x pasti, tapi kalau degree sains math ni bole jadi kerja2 data, biasa big company yg cari

      Delete
    2. haii nak tanya sains math ni budak acc from math boleh ke apply

      Delete
  4. sy dpt degree sains math...berdebar pulak rasa ..masa matrik dulu beriya nk kos nie..alhamdulillah dpt..nk tnya mudah x ea nk dpt kerja nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nuharafz udarina
      Nak tanye subjek2 yg akan dipelajari untuk degree math uitm camne. Ade dpt thu tak?

      Please. Sbb nak bandingkan n patut tukar

      Delete
    2. *patut tukar ke tak

      #sorrytypo

      Delete
  5. Salam. nak tanye, lepastu kakak mbek degree ape?

    ReplyDelete
  6. Yg beutiful dance move tu saye perasan ade yang salah yg surd negatif tu๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  7. I love math tapi tkdela detail sgt pro dlm math , mostly apa yg saya minat is math so kebanyakkan suggest kos sains math ni , dan saya agak kabur kabur dgn bidang ni this year saya spm so saya nak rancang masa depan saya taknak la bila dh dpt result jadi mcm org takdaq hala tuju , boleh terangkan tak tentang bidang sains math ni , thankyou !

    ReplyDelete
  8. Bidang kerja untuk sains matematik ni apa ye ? Dia macam addmath ke ?

    ReplyDelete
  9. hi sis, may i know lepas sis amik dip sn mt ni then sambung mana and pergi mana lepas tu, ye?

    ReplyDelete
  10. Akak , lepastu boleh sambung degree ape ye ? Boleh jadi Cikgu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya untuk pengambilan guru sekarang ni perlu masuk course education. kalau xde education macam degree in math, sukar untuk masuk sklh kerajaan. Swasta mungkin boleh. Kkdg ada je dapat jdi cikgu lpas smbung degree math ni, atas rezeki juga.

      Delete
    2. nak tnya ada praktikal ke jurusan ni

      Delete
  11. Sis
    Lepas dari tu kita boleh jadi apa eh

    ReplyDelete
  12. Apa kerjaya dalam bidang sains matematik ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyelidik kuantitatif, eksekutif IT, penyelidik statistik, eksekutif penyelidik pemasaran, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan, eksekutif bank, eksekutif latihan, eksekutif pengurusan dan programmers di institusi kewangan, industri perkilangan, bank serta lain-lain lagi di dalam sektor awam dan swasta.

      Delete
  13. Nak tanya...apa kerjaya dlm bidang ni??...ambik bidang ni boleh jd apa nnti masa depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyelidik kuantitatif, eksekutif IT, penyelidik statistik, eksekutif penyelidik pemasaran, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan, eksekutif bank, eksekutif latihan, eksekutif pengurusan dan programmers di institusi kewangan, industri perkilangan, bank serta lain-lain lagi di dalam sektor awam dan swasta.

      Delete
  14. Xde subjek mnghafal ke dlm course ni?

    ReplyDelete
  15. Apa subjek teras dlm bidang ni.?

    ReplyDelete
  16. Salam dik, akak pun teringin nak ambil course ni. Time study dulu dpt electrical. Now dah kerja. Tp masih bersemangat terhadap matematik ni. Bila baca blog adik, terasa membara ingin sambung belajar. InsyaAllah, tahun depan akan ambil course ini.

    ReplyDelete
  17. boleh akak tanya banyak tak peluang perkerjaan dalam bidang ni

    ReplyDelete
  18. ada subjek csc238 dengan asc302 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Csc238 ni java ke? Kalau ya, ada, tapi sebagai subjek elektif

      Delete
  19. wahhhh saya pun bdx sains math n now sem 5 bljr kat uitm tapah hihi great to know u seniorrrr ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  20. Klu amik bidang ni nanti kerja sbg apa? (sori nak tau je sbb saya xtau citacita saya๐Ÿ˜ญ)

    ReplyDelete
  21. Nk Tanya nnti dah abis kerja ape yerr..pastu klau dulu sy ambik ACC tapi boleh ke sy ambik Kos ni

    ReplyDelete
  22. belajar pakai bahasa english ke? saya risau sbb english saya x berapa bagus sangat...

    ReplyDelete
  23. Assalam akak kalau lepas diploma nak sambung degree kita nak amik course apa pulak ye ??

    ReplyDelete
  24. Lagi satu akak saya nak tanya kos pembelajaran berapa ye? ?

    ReplyDelete
  25. Ni kalo ambik Ni dpt keje apa ye?

    ReplyDelete
  26. Assalam sis...saya calon spm 2020...baru je dapat result spm haritu...math saya A tapi edmet saya D...saya teringin sangat nak dambung course ni...rasa ii nya bole dapat tak ๐Ÿ˜ญ...kalau ada yg baca ni mohon doakan saya dapat sambung course ni

    ReplyDelete
  27. akak :) bole tak saya nak minta no phone akak?sbaab saya nak tnya beberapa soalan berkaitan sains matematik ni and saya sangattttt berminat nak ambil course ni ...

    ReplyDelete
  28. saya baru tahu sains matematik ni tkdk kena mengena dgn sains ponn๐Ÿ˜ญ sbb tu saya ambik acc utk dip ni.. ada jln lain tk utk saya ambik sains matematik untuk tahap pra uni ni... help me.. nak buat kemaskini upu pon dh tk boleh ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  29. ada praktikal ke jurusan ni kak

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete