Tuesday 5 May 2015

kenapa....?

"Kenapa saya diuji sebegini?" menangis teresak-esak sambil peluk bantal busuk.

"Kerana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut; ayat 2-3 yang bermaksud
apakah manusia mengira bahawa mereka akan hanya dibiarkan dengan mengatakan: 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

"Kenapa saya diberi ujian seberat ni?" pukul-pukul bantal tanda geram.

"Kerana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

"Putus asa la kalau macam ni!" baling bantal tanda protes.

"Awak jangan macam tu, tak baik tau, Allah berfirman pula dalam surat Yusuf ayat 87 yang bermaksud "....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

"Tapi saya lemah, tak kuat, selalu sedih hati"

Ambil bantal busuk yang dibaling tadi dan hulurkan kepada kawannya.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imraan ayat 139"

"Awak, macam mana saya nak hadapi semua ujian ni?" peluk kawan erat.

"Awak dengar elok-elok apa saya nak bagitahu ni. Allah berfirman dalam buku cinta kita ni *tunjuk al-quran* "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Surah Al-Baqarah ayat 45. Awak juga kena kuat tau *buat tangan sado sambil senyum*.

Senyum. "Pada siapa saya perlu berharap?"

"Haa.. Allah telah berfirman yang bermaksud cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Surah At-Taubah ayat 129. Awak nak tahu tak apa yang awak dapat dari semua ujian ni?"

"Of course la saya nak tahu. Awak sudikan share dengan saya." buat muka cute macam rilakuma.

"Sudah semestinya saya akan share dengan kawan saya ni. *cubit pipi kawan* Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Surah At-Taubah ayat 111."

"Ooo begitu,, terima kasih awak, sayang awak sampai syurga. Awak doakan saya kuat ya." peluk erat sambil nangis.

"InshaAllah. awak pasti kuat. Sayang awak sampai syurga juga." Lapkan air mata kawan.




No comments:

Post a Comment